Akhi Comel♡
AKHIYY IZZAM♡

homeaboutlinkiestutorialfree page















Words

With the first sight Allah attended the feelings, and it's not impossible in the blink of eyes Allah will change it from love to hate. love is not our right it's Allah right.

Chat with me


Note



Our Wedding

Daisypath Anniversary tickers
Keistimewaan Majlis Zikir
written by Akhiy Izzam♡ at 2014/06/18 & got 0 Comments

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Tajuk : Perbualan Allah SWT dan MalaikatNya Keistimewaan Majlis Zikir



Keistimewaan Majlis Zikir


Apabila kalian melalui suatu taman syurga, maka hendaklah kalian berhenti. Mereka bertanya: Apakah taman syurga itu, wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Halaqah zikir (Hadits riwayat at-Tirmidhi)


Tidaklah suatu kaum duduk berzikir kepada Allah Ta’ala, melainkan mereka akan dikelilingi oleh para malaikat dan akan dilimpahi rahmat serta akan diturunkan ke atas mereka ketenangan dan Allah akan menyebut mereka di hadapan para malaikatNya (Hadits riwayat Muslim)

“Bahawa suatu ketika Nabi saw keluar dan melalui suatu halaqah dari para shahabatnya. Baginda SAW bersabda: Apakah yang menyebabkan kalian duduk beramai-ramai? Para shahabat رضي الله عنهم menjawab: Kami berzikir serta memuji Allah SWT. Maka Baginda SAW bersabda: Sesungguhnya Jibril عليه السلام telah datang kepadaku dan mengkhabarkan kepadaku bahawasanya Allah Ta’ala membanggakan kalian di hadapan para malaikatNya (Hadits riwayat Muslim)

“Tidaklah suatu kaum yang berkumpul untuk berzikir kepada Allah Ta’ala, (yang mana mereka) tidak menginginkan sesuatu kecuali keredhaanNya, melainkan ada suara yang menyeru mereka dari langit: Berdirilah kalian dalam keadaan diampunkan kesalahan kalian, sesungguhnya keburukan yang kalian lakukan telah digantikan dengan kebaikan. (Hadits riwayat Ahmad, ath-Thabarani dan Abu Ya’la)

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Nabi SAW bersabda:

Sesungguhnya Allah SWT Yang Maha Memberkati lagi Maha Tinggi memiliki para Malaikat yang mempunyai kelebihan yang diberikan oleh Allah SWT. Para Malaikat selalu mengelilingi bumi. Para Malaikat sentiasa memerhati majlis-majlis zikir. Apabila mereka dapati ada satu majlis yang dipenuhi dengan zikir, mereka turut mengikuti majlis tersebut di mana mereka akan melingkunginya dengan sayap-sayap mereka sehinggalah memenuhi ruangan antara orang yang menghadiri majlis zikir tersebut dan langit. Apabila orang ramai yang hadir dalam majlis tersebut beredar, para malaikat naik ke langit.


Allah SWT bertanya para malaikat meskipun Allah SWT mengetahui pergerakan mereka:
“Dari mana kamu datang?”

Malaikat menjawab: “Kami datang dari tempat hamba-hambaMu di dunia.

Mereka bertasbih, bertakbir, bertahlil, bertahmid serta berdoa memohon dari-Mu.”

Allah SWT berfirman: “Apakah yang mereka pohonkan.?”

Para Malaikat menjawab: “Mereka memohon Syurga dari-Mu. 

Allah SWT berfirman: “Apakah mereka pernah melihat Syurga-Ku?”

Para Malaikat menjawab: “Belum, wahai Tuhan.” 

Allah SWT berfirman: “Bagaimanakah agarnya akan terjadi seandainya mereka dapat melihat Syurga-Ku?”

Malaikat berkata lagi: “Mereka juga memohon daripada-Mu perlindungan.”

Allah SWT berfirman: “Mereka pohon perlindungan-Ku dari apa?”

Malaikat menjawab: “Dari Neraka-Mu, wahai Tuhan.”

Allah SWT berfirman: “Apakah mereka pernah melihat Neraka-Ku?”

Malaikat menjawab: “Belum.”

AllahSWT berfirman: “Bagaimanakah agarnya akan terjadi seandainya mereka dapat melihat Neraka-Ku.”

Malaikat terus berkata: “Mereka juga memohon keampunan-Mu.”

Allah SWT berfirman: “Aku sudah mengampuni mereka. Aku telah kurniakan kepada mereka apa yang mereka pohon dan Aku telah berikan ganjaran pahala kepada mereka sebagaimana yang mereka pohonkan.”

 Malaikat berkata lagi: “Wahai Tuhan kami, di antara mereka terdapat seorang hamba-Mu. Dia penuh dengan dosa, sebenarnya dia tidak berniat untuk menghadiri majlis tersebut, tetapi setelah dia melaluinya dia terasa ingin menyertainya lalu duduk bersama-sama orang ramai yang berada di majlis itu.”

Allah SWT berfirman: “Aku juga telah mengampuninya. Mereka adalah kaum yang tidak dicelakakan dengan majlis yang mereka adakan.”



Wallahua'lam..


Kata Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid :-

Walaupun orang itu datang sebab nak makan,atau tengok ada ramai orang kemudian dia saja singgah, dia juga akan diampuni dosanya oleh Allah SWT.

-Majlis Ta'lim Darul Murtadza pimpinan Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid di Masjid Muadz bin Jabal,Setiawangsa KL setiap Jumaat bermula 9.15 malam.