Akhi Comel♡
AKHIYY IZZAM♡

homeaboutlinkiestutorialfree page















Words

With the first sight Allah attended the feelings, and it's not impossible in the blink of eyes Allah will change it from love to hate. love is not our right it's Allah right.

Chat with me


Note



Our Wedding

Daisypath Anniversary tickers
I syaitan, nak Zaujah bidadari!
written by Akhiy Izzam♡ at 2014/06/12 & got 0 Comments

'Humaira tu cantikkan?'


Imran ni sihat ke tak? tiba-tiba je


'Cantik, sopan, solehah' Imran describe muslimat tu satu-satu.


'Kau dah terbang kat dunia angan-angan mana dah weh?' aku terjah dia.


Bahaya makhluk hidup yang angau macam ni.
Aku takut Zina hati je. Melebih-lebih dalam melayan perasaan.


Zina hati ni satu application macam WAZE yang membawa ke Neraka Allah.
Na'uzubillah.


Imran mengerut muka 'Ish kau ni kacau laa. Aku dok fikir pasal Future Zaujah aku!'


'Kau rasa kau layak ke untuk Humaira tu?'


Satu ayat itu membuatkan Imran terkedu. Sentap. Robek. Rabak.


'Aku tahu aku macam Syaitan. Aku sedar.' Imran mengeluarkan ayat pasrah Drama Melayu


'Tapikan, boleh ke aku yang macam Syaitan ni nak Zaujah Bidadari?' Imran soal aku.


Aku tak faham dengan Imran, kalau tanya aku memang aku kasi jawapan sentap dan robek la.


'Kangaroo ada kahwin dengan Zirafah?'

'Takde laa beb'


'Sebab mereka tak sama species. So memang tak mungkin bersama!' Ayat sentap wa robek gua kasi.



Imran terus solat taubat dan masuk pondok pengajian Baitul Qura' di Melaka.
Imran menjadi penuntut sepenuh masa di pondok tersebut dan berjaya menjadi Al-Hafiz 30 juz.


Alhamdulillah kini Imran dan Humaira sudah mempunyai cucu.
Cucu pun tengah sarat mengandung.


Alhamdulillah.


The End


-----------------------------------------------------------------------------------------


Kismis dah habis serentak dengan habisnya drama bergenre aksi di atas.


kali ni kita hidupkan sunnah dengan menggantikan popcorn dengan kismis.
Selawat ke atas Nabi. Sollu'alaanNabiy!


Imran nak Humaira.
Dalam point of view Imran, dia tidak layak dengan Humaira.


Dalam pandangan Imran:
Imran = Syaitan
Humaira = Malaikat


So apabila mendapat penerangan daripada aku, Imran fahami bahawa tidak mungkin untuk mereka bersama.
kerana Kangaroo mustahil untuk kahwin dengan Zirafah.


Zirafah = Zirafah
Kangaroo = Kangaroo

Kurang Soleh = Zirafah
Soleh tahap Awesome = Kangaroo

Imran = Zirafah
Humaira = Kangaroo


Perlulah sama jenis, sama species.

Maka Imran pergi pondok jadi Al-Hafiz agar dapat jadi sama species dengan Humaira.

Akhirnya beliau berjaya! :D
Tahniah bro T^T




Tapi ada certain manusia yang berpendapat bahawa walaupun mereka persis dengan adik sepupu kepada Inche Syaitan mereka masih layak untuk mendapatkan pasangan yang awesome persis bidadari malaikat.


Wehh,
aku bukan nak kata korang patut putus asa untuk mendapatkan yang baik, no no no!


cuma jom kita sambung makan kismis dan kita hayati sebentar Kalam Allah dalam Quran Kareem:


"Wanita-wanita yang tidak baik untuk laki-laki yang tidak baik,
dan laki-laki yang tidak baik adalah untuk wanita yang tidak baik pula.
Wanita yang baik untuk lelaki yang baik
dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik."


Boleh ushar dalam Surah An-Nur, ayat 26.


See guys. Equation yang Allah kasi really much mudah.
#1 Laki baik awesome = Perempuan baik awesome
#2 Laki jahat kejam = Perempuan jahat kejam


So,
jadilah yang baik untuk dapat yang baik.
jadilah yang soleh untuk dapatkan yang solehah.


mudah macam tu je.
like i said before,

kangaroo = kangaroozirafah = zirafah


Ehemmm ehemmmmm,


Memang aku tak nafikah Kisah yang Awesome antara pasangan istimewa iaitu...
Nabi Yusuf dan Zulaikha.
Nabi Sulaiman dan Balqis


Zulaikha pada awalnya tidak solehah. Siap tarik baju Nabi Yusuf
Balqis pada awalnya tidak solehah. Siap sembah matahari.


Tapi how can diorang end their story dengan menjadi isteri kepada Nabi?
dah laa Nabi maksum!


Haaaaa, itu namanya TAKDIR ALLAH.
Allah lah sebaik-baik pembuat skrip drama kehidupan kita!


kan Allah dah kata : wallahu yaf'aluu maa yureed.
mafhumnya : Allah akan lakukan apa yang Dia hendaki.


So, hikmah Allah ini teramat luas.
Lebih luas daripada nenek kepada Gurun Sahara bahkan berganda-ganda lebih luas.


So, that's why Allah tetapkan mereka berpasangan dengan Nabi.
Walaupun pada awalnya mereka tidak Solehah.


uhuk uhukk,
lupa ke Zulaikha dan Balqis bertaubat dahulu?


mereka bertaubat selepas kesalahan dan kesilapan mereka yang sebelum-sebelum.
Dengan rahmat dan kasih sayang Allah, maka segala dosa mereka kering kontang!


Haaa, maka sesuailah pasangan antara Nabi Yusuf & Zulaikha serta Nabi Sulaiman & Balqis.


tapi tapi tapi,
ingat tak kisah Nabi Nuh, Nabi Luth dan juga Firaun.


Nabi Nuh soleh, tapi Isteri menentang Dakwah suaminya.
Nabi Luth soleh, tapi Isteri menetang Dakwah suaminya juga.


Firaun dilaknat tuhan, tapi Isterinya Asiah solehah yang amat.


Macam mana tuh?


Baik dengan Jahat?
Jahat dengan Baik?


Aduhh, jom sambung makan kismis lagi -.-
Kita ushar apa Allah kata dalam Quran:


"...Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagi kamu. Allah Mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."


Acu try jenguk Surah Al-Baqarah, ayat 216


Haaa,
#1 tak semestinya apa yang kita fikir bagus itu, bagus untuk kita.
#2 tak semestinya apa yang kita fikir teruk, teruk untuk kita


Allah Mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.




Bila dapat pasangan yang perangai teruk, tak baik, tak solat, disco setiap hari, minum arak, solehah itu memang tiada.
Padahal kita ni tahajud tak tinggal, sedekah RM1000 setiap hari, ada sekolah Tahfiz 10 buah, dah bina 30 Masjid.


Jangan kata janji Allah itu tidak benar!
No no no


Just remember,
Allah Mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.


I repeat,
hikmah Allah ini teramat luas.
Lebih luas daripada nenek kepada Gurun Sahara bahkan berganda-ganda lebih luas.


Itu namanya Dakwah
Allah nak kamu ubah si pasangan kamu itu.
Allah nak kamu bawa pasangan kamu itu ke Syurga.
Allah nak kamu tarik pasangan kamu daripada api neraka.


Sebab Allah tahu, kamu mampu untuk lakukannya.


Allah dah kasi kepercayaan yang You can do it!


Allah kata : Allah tidak akan membebani someone kalau dia tak mampu


So do your best dengan kepercayaan Allah! :D


---| Edvais of the Day |---


Kepada Abang-abang Soleh, Hustad-Hustad moleknya berkahwin dengan wanita yang kurang solehahnya.
Bolehlah nak bluetooth kesolehan korang kat yang kurang solehah.


Agar mereka jadi Solehah sama Soleh seperti korang.
Pastu nanti enjoylah kat Syurga bersama :3


Kepada Kakak-kakak Solehah, Hustajah-hustajah moleknya berkahwin dengan lelaki yang lebih Soleh.
jangan kahwin dengan yang kurang piawai soleh.


kenapa?
Dikhuatir ketidaksolehan lelaki itu bluetooth kepada wanita hustajah solehah.


and finally semua solehah wanita itu lebur dek kerana effect ketidaksolehan lelaki kepada wanita itu T^T
Na'uzubillah.

--------------------------------------------------


Bukankah lelaki itu pemimpin big boss kepada wanita.
Maka effect lelaki kepada wanita amat kuat dan pekat.


Maka followlah nasihat Murobbi Ustaz Azhar Idrus itu!


The heart of the matter,
Sesiapa yang rasa kurang imegresen soleh untuk mendapatkan 'si dia' yang bagaikan malaikat,
maka usahalah jadi malaikat sepertimana 'si dia' itu malaikat.


ingat sokmo yang ni:
Laki baik awesome = Perempuan baik awesome
Laki jahat kejam = Perempuan jahat kejam

'Alaa aku dah jadi Soleh tahap dewa, tapi tak kahwin pun dengan dia? Apacer?'


mungkin kamu tidak dapat 'si dia',
tapi inshaa Allah kamu akan dapat yang setaraf ataupun yang lebih baik daripada 'si dia'

Maybe you deserve better :)


ingat sokmo yang ni:
Allah Mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.


So,
jadilah malaikat untuk dapat yang Malaikat.
jadilah kangaroo untuk dapatkan kangaroo.


Setakat ini sahaja kalam Inche kopiah dalam entry bertajuk : '"I syaitan nak Zaujah Malaikat"


Assalamu'alaikum *lambai tangan*