Akhi Comel♡
AKHIYY IZZAM♡

homeaboutlinkiestutorialfree page















Words

With the first sight Allah attended the feelings, and it's not impossible in the blink of eyes Allah will change it from love to hate. love is not our right it's Allah right.

Chat with me


Note



Our Wedding

Daisypath Anniversary tickers
Cinta gue sebab apa?
written by Akhiy Izzam♡ at 2014/06/12 & got 0 Comments

'Confirm dia cair punya ah.' Imran monolog versi volume loudspeaker.


'Cair apa beb?'


'Dengan ayat sweet aku ah. Confirm Asma nak dengan aku ah!'


Eksaited sangat Imran. Menggunakan 'InshaaAllah' lebih molek daripada perkataan 'confirm'
Kita hanya merancang, Allah tentukan.


'Asma Humaira ke?'


'For sure laa Asma Humaira wahai abang iparku.' Imran kenyit mata kat aku.


Perghh mengada nak adik aku. Nampak terpaksalah aku guna phD aku dalam 'sentap'.


'Kbai. Aku nak hantar surat cinta aku nih! Chiaw.'


***


Kau, ayu di mataku
Kau, cinta terakhirku
Tiada apa yang bisa menafikan kasih kita.


Kau, cinta pertamaku.
Kau, cinta terakhirku.
Tiada tara di dunia.


'Imran suka Asma lah. Tak sangka!' Menjerit Asma kat rumah.


Merah muka Asma tanda gembira. Gembira dapat surat cinta daripada Imran.
Imran handsome dan popular kat sekolah. Ramai peminat katakan.


'So, Asma? Happy la ni?'


Asma angguk kepala.


'Kenapa happy?'


'Sebab Imran suka Asma.'


'Kenapa happy Imran suka Asma?'


'Sebab Imran handsome dan popular.'


Aku tersenyum panjang. Aku dah faham apakah sebenarnya dasar cinta Asma kepada Imran.
Imran pun aku tahu kenapa dia suka Asma. Aku rapat dengan dia, so I know him much.


Misi menyentap bermula. Aku tarik nafas panjang.


'Asma suka Imran sebab dia handsome dan popular kan?


Cuba Asma fikir,


Handsome itu kekal?
Popular itu kekal?


Handsome itu sementara.
Akan hilang dimamah usia.
Ditelan kedut-kedutan mungkin.
Mungkin juga akan cacat akibat kemalangan.
Maka hilanglah handsome itu.


Popular itu sementara.
Akan hilang satu masa kelak.
Mungkin ada yang membuat fitnah.
Hingga dibenci semua masyarakat.
Maka hilanglah popular itu.


Apabila hilangnya handsome dan popular itu kelak,
Maka akan hilanglah juga cinta Asma kepada Imran.


dasar cinta itu sudah tiada, ghaib dan hilang, maka akan hilanglah juga cinta Asma kepada Imran.
sebab faktor cinta itu hilang. maka hilanglah cinta itu serentak dengan hilangnya faktor cinta.


Sebab dasar cinta itu bersifat tidak kekal. Hanya bersifat sementara!


Same goes to Imran.
I know him so much.


Dia suka Asma sebab Asma cantik dan comel.
Macam abang dia :3


Bohong ah kalau Asma tak popular kat sekolah tuh.


Dasar cinta Imran kat Asma atas dasar Asma cantik comel dan popular.
That's it.


So I can conclude that:


Dasar cinta between two of you is actually atas dasar popular dan keindahan paras rupa


Kalau Asma baca balik surat cinta Imran itu, nampak sangat tidak akan kekal cinta dia kepada Asma.


Kau, ayu di mataku
Kau, cinta terakhirku
Tiada apa yang bisa menafikan kasih kita.


Tiada apa yang bisa menafikan kasih kita?


Kau, cinta pertamaku.
Kau, cinta terakhirku.
Tiada tara di dunia.


Tiada tara di dunia?


Asma cuba jawab soalan abang ni,


Di mana Imran letak Allah dalam cintanya kepada Asma?


Sepatutnya meletakkan Cinta Allah nombor satu.


Imran tak meletakkan Cinta Allah sebagai dasar cintanya kepada Asma.
Kenapa perlu dasar Cinta Allah?


Bukankah Allah itu bersifat kekal. Sentiasa ada.


Apabila Cinta itu dasarnya Allah yang kekal, maka Cinta itu juga akan kekal.
Kekal kerana dasar Cinta itu kekal.

Mana mungkin Cinta itu hilang kerana faktor Cinta itu kekal.
Akan kekal hingga Syurga.


Hubungan Cinta itu tidak terhenti sekadar di dunia.
bahkan bersambung di negeri akhirat yang kekal abadi.
di Syurga Allah yang indah dan luas.


Tapi,


Apabila Cinta itu dasarnya kerana kebendaan.
Apabila Cinta itu dasarnya kerana keindahan paras rupa.
Apabila Cinta itu dasarnya kerana popular.


Ingatlah,


Semua dasar itu akan hancur.
Semua dasar itu akan hilang.


Maka Cinta itu akan hilang dengan hilangnya dasar-dasar itu.
Fikir Asma, nak terima dan memberi Cinta atas dasar cinta apa?

Dasar cinta kekal atau Dasar cinta sementara?'




Phewww panjang lebar gue terang sama adik kesayangan.


'So sekarang Imran out of the list. Hehe'


'Tapi muslimin yang macam mana should i choose?' Asma menunjukkan minat.


'Asma pernah jumpa Nabi Muhammad?'


Asma geleng kepala.


'Tapi bagaimana kita boleh jatuh cinta dengan seseorang yang kita tak pernah jumpa walaupun sekali?


Itu namanya kita jatuh cinta atas dasar kesempurnaan Baginda.


Kita mendengar sirah dan cerita mengenai akhlak Nabi Muhammad yang amat sempurna.


Indah akhlaknya.
Cantik akhlaknya.
Sempurna Akhlaknya.


Padahal kita tidak pernah bersua face-to-face walaupun sekali.


Sempurnanya akhlak Nabi, itu yang buat kita cair jatuh cinta kepada Baginda.
Bukankah akhlak Nabi itu sebaik-baik akhlak.


So back to your question, muslimin yang macam mana should you choose?


Bukankah Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah:
Jika kamu mencintai Allah maka ikutilah aku (Nabi Muhammad)


Jadi kita mahu meletakkan dasar Cinta kita kerana Allah,
Maka pilihlah muslimin yang akhlaknya seperti Nabi.


Akhlaknya yang mulia.
Akhlak Mahmudah itu menjadi rutin harian.
Akhlak Mazmumah itu sentiasa dilempar dalam gaung.


Muslimin yang meletakkan Islam sebagai prioriti.


Abang tak maksudkan Asma kena pilih
hustad-hustad
ulama'-ulama'
mufti-mufti


tidak.
Tapi jika dapat itu satu bonus dan anugerah Allah :D


tapi apa yang abang maksudkan ialah,
muslimin yang sedang berlari menjadi soleh.
muslimin yang sedang berlari anak menjadi soleh.
muslimin yang sedang merangkak menjadi soleh.


Itulah muslimin yang meletakkan Allah sebagai prioriti.


Abang tengok Fayyaz molek juga.
Fayyaz yang kelas sebelah Asma.


Dia rajin tadah ilmu agama.
Dia rajin kutip mutiara agama.


Sentiasa upgrade diri.
Dan upgrade orang sekeliling.


Muslimin seperti ini meletakkan Cinta Allah nombor satu dalam dirinya InshaaAllah.


kalau Imran,


Dia rajin main dota.
Dia rajin tengok runningman.


Sentiasa upgrade skill main dota,
Sentiasa upgrade masa tengok cerita runningman.


Muslimin seperti ini meletakkan Cinta Dunia nombor satu dalam dirinya.


By the way, point yang abang nak bawak ni cuma 2.


andai cinta manusia kerana Allah,
kerana Allah sang Pencipta Manusia,
kerana Allah Sang Pencipta Cinta.


Bertautnya Cinta atas dasar Allah inshaaAllah akan berkekalan hingga berjumpa Sang Pencipta Syurga.


andai cinta manusia kerana kebendaan dunia,
kerana keindahan paras rupa,
kerana kekayaan harta benda,
kerana popular dalam masyarakat.


Bertautnya Cinta atas dasar kebendaan dunia ini tidak akan kekal kerana dunia ini akan hancur.
Kemungkinan u olls akan candle light dinner dengan Makhluk Laknat Syaitan di tempat khas disediakan oleh Sang Pencipta Neraka.


Ehemm ehemm,
Andai datangnya dua jejaka, Imran dan Fayyaz.


Imran menawarkan kekayaan, populariti serta wajahnya yang handsome.
Dia meluahkan Cinta dengan menyelitkan janji-janji manis yang menyebabkan diabetes.
Dia menjanjikan kebahagiaan dunia yang diidamkan majoriti makhluk hidup manusia.


wahh memang 5 star ah dengan Imran :D


dan


Fayyaz menawarkan vacation dan bimbingan khas ke Syurga untuk Asma.

Dia meluahkan Cinta dengan menyelitkan nama Sang Pencipta Cinta sebagai dasar.
Dia menjanjikan kebahagiaan dunia dan akhirat serta janji candle light dinner di Syurga.


Fayyaz for sure tidak semegah dan semewah Inche Imran.


So Asma, who should you choose?'

Soalan cepumas dilontarkankan dengan lembut.



Asma senyum. 'For sure Fayyaz.'


Aku tersenyum panjang kebar. 'Alhamdulillah finally you understand.'




***




'Fayyaz. mana Imran?'


'Dia pergi packing barang nak gi Yaman. Tiba-tiba je lepas dapat sepucuk surat daripada adik abang tadi.'




Oyeahh! Mission accomlished :D

                              


p/s :
Cinta Allah nombor satu,
Cinta lain Allah akan bantu

Cinta Nabi jadi prioriti,
Moga Syurga menanti.

Sekian sahaja entry Inche kopiah dalam entry 'Cinta gue sebab apa?'

Assalamualaikum *lambai tangan*


Blog : Inche Kopiah